"EVERY JOURNEY IS TO APPRECIATE "HIS" CREATIONS"..................."THOSE WHO DO NOT TRAVEL READ ONLY ONE PAGE",,,,,,,,,,,,,,,,,

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TURKEY

ISTANBUL

Masjid Biru



Masjid Sultan Ahmed, sebuah masjid yang bersejarah di Istanbul. Lebih terkenal dengan gelaran Masjid Biru dengan Jubin biru yang memenuhi dinding  bahagian dalam masjid.


Muzium Hagia Sophia



Mempunyai keindahan seni bina yang besar dan monument penting bagi byzantine dan Empayar Uthmaniyyah. Dahulunya sebuah gereja, kemudian sebuah masjid, dan kini sebuah muzium di “Republic of Turkey”.


Basilica Cistern



Basilica Cistern atau dikenali "Tangki Air Purba Yang Tenggelam", adalah yang terbesar daripada beberapa ratus tangki purba yang terletak di bawah kota Istanbul (iaitu sebelum Constantinople), Turki. Dalam perigi, terletak 500 kaki (150 m) sebelah barat daya dari Hagia Sophia di semenanjung sejarah Sarayburnu, dibina pada abad ke-6 semasa pemerintahan Maharaja Byzantine Justinian I.


CANAKKALE



Bandar utama yang paling hampir dengan tapak purba troy. “wooden Horse” dari filem tahun 2004, troy, terletak di pinggir pantai. Canakkale juga merupakan bandar kedua terbesar yang terletak di dua benua selepas Istanbul.


ENEZ


Muzium Perang Dunia Pertama



Muzium ini juga di kenali sebagai Musium Kapatepe. Ia juga sebagai peringatan kempen Gallipoli, sekarang dianggap sebagai saat penentu untuk sejarah moden bukan sahaja bagi turki, malah untuk Australia dan New Zealand juga.

EDIRNE


Masjid Selimiye



Sebuah Masjid Empayar Uthmaniyyah, yang terletak di kota Edrine, Turki. Masjid ini adalah ini ialah masjid d bawah tanggungan Sultan Selim II.

Medical Museum



Medical Museum ini juga dikenali sebagai Kompleks Musium perubatan Sultan Bayezid ke-2. Musium bersejarah yang ke-2 paling selalu di lawat di Edrine selepas Masjid Selimiye. 

No comments: